Sunday, 28 April 2013

TUGASAN SPEKTRUM(Soalan 3)



3.REFLEKSI
by Dr. Zuraidah Binti Abdullah . - Saturday, 23 March 2013, 11:20 PM

Berikan refleksi pembelajaran anda pada 23 Mac 2013. Berikan model sekolah berkesan yang boleh diaplikasikan di sekolah anda. Sila beri latar belakang sekolah anda sebelum menghuraikan model yang anda pilih.

Pada 23 Mac 2013, kelas membincangkan berkaitan dengan sekolah cemerlang dan sekolah berkesan.Sekolah berkesan adalah sekolah yang mempunyai  kualiti-kualiti  yang perlu manakala sekolah cemerlang adalah sekolah yang terbentuk daripada guru,pelajar dan sistem yang cemerlang.

Watak utama dalam pembentukan sekolah cemerlang adalah pengetua yang boleh membentuk guru-guru yang cemerlang seterusnya  akan membentuk pelajar yang cemerlang yang disokong oleh sistem sekolah yang cemerlang.

Endosentrik yang ada pada seseorang pengetua itu penting. Endosentrik bermaksud nilai yang ada pada diri sendiri iaitu kita rasa apa yang kita cakap itu betul. Kadangkala nilai ini memberi kebaikan dan adakalanya memberi sesuatu yang negetif .Bagi pengetua yang trasfomatif yang berkarisma ia adalah baik tetapi bagi pengetua yang berwatak laise faire atau autokratik mungkin akan memberi kesan yang negetif.

Seterusnya,pensyarah meminta kuasai teori sosiologi dan kena 'digest' subjek YXGA6104 (platform penting) khususnya untuk melaksanakan. Contoh Kajian berkaitan Kejayaan MRSM Tun Ghafar Baba, Kena lihat daripada perspektif guru, pelajar dan perspektif pengurusan seperti (i). Interaksi erat, (ii).Peningkatan Profesionalisme (perlu rujuk Scheerens,1992) (iii). Perspektif Perindustrian (Kena rujuk Silver,1994). Sementara dapatan kajian perlu dilihat daripada aspek (i). Kuantiti iaitu peningkatan akademik dan (ii). ekuiti iaitu berupaya tingkatan pencapaian pelajar yang SES rendah(beri peluang pembelajaran) perlu merujuk (Burstein&Knapp,1975)

MRSM Muadzam Shah,Pahang adalah sebuah sekolah berasrama penuh yang dibawah Majlis Amanah Rakyat(MARA). Terdiri daripada seramai 750 orang pelajar. Pecahan jantina lelaki ialah 60%  mewakili (450pelajar) lelaki dan 40% perempuan (300pelajar). Terdiri daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dimana setiap tingkatan terdiri daripada 150 orang pelajar.

Terdapat seramai 62 orang guru, seorang Pengetua dan 3 orang Timbalan Pengetua dan 2 orang kaunselor.
Pecahan guru mengikut jantina ialah 19 lelaki dan 43 perempuan dengan Pengetua lelaki dan ketiga-tiga timbalan adalah lelaki.

Guru-guru MRSM  kena tahu sebab kewujudan MRSM dengan melihat sejarah MARA itu sendiri . Bentuk kajian yanmg boleh dibuat."sekolah yang wujud(ada 'value added') ke atas dapatan murid berbanding dengan sekolah lain yang mempunyai pengambilan yang sama" ( boleh rujuk Mortimore, 1991). 'Value added iaitu (a). perkembangan murid yang berlaku sepanjang mereka berada disekolah) (b). perkembangan pelajar dari mula masuk sampai keluar.(boleh rujuk Elmore,2003).


No comments:

Post a Comment