Tuesday, 7 May 2013

Professional Learning Communities and System improvement by Alma Harris&Michelle jones



Petikan Daripada Artikel:
PLC and system improvement.
By Alma Harris( Institute of Education,London,UK
&
Michelle Jones (Twynrhodyn Primary School,Wales,UK
Improving School: Vol 13(2), July 2010

-Kajian kes di Wales berkaitan perkembanagan dan kesan PLC didalam, antara  dan merentasi sekolah-sekolah sebagai sebahagian daripada pelaksanaan pembaharuan keseluruhan sistem pendidikan di Wales.
-Merumus dan mencadangkan PLC sebagai satu cara menggerakan perubahan amalan professional yang boleh meberi sumbangan posititif terhadap penambahbaikan keseluruhan sistem pendidikan di Wales.
- Di Wales, usaha pembaharuan utama sedang dijalankan untuk menjamin kejayaan setiap pelajar bagi setiap penetapan dan penambahbaikkan atau perubahan dalam sistem pendidikan. Pembahruan keseluruhan sistem berlaku di sekolah, pihak berwajib dan kerajaan bagi menjamin peningkatan dan pencapaian hasil pelajar di peringkat pendidikan tinggi.
-Sebagai penyumbang kepada proses pelaksanaan, PLC didalam,antara dan merentasi sekolah perlu di wujudkan untuk membangunkan kapasiti yang diperlukan untuk berubah.
-Resnick(2010), rutin kerjasama dikalangan guru-guru adalah komponen penting dalam memastikan peningkatan hasil pembelajaran. Rutin kerjasama ini boleh digambarkan dalam pelbagai cara/kaedah tetapi gambaran palin baik ialah ‘network learning communities” atau “jaringan komuniti pembelajaran”. Atau ‘PLC’ (Stoll et al.,2007)
- Dalam artikel ini, PLC didefinisikan sebagai mempunyai ciri-ciri dan memahami sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah dari segi ilmiahnya.
-PLC sebagai satu pendekatan pembanguan staf yang sangat bertenaga dan strategi yang ampuh untuk tujuan penambahbaikan sekolah dan penambahbaikan sistem sistem (Harris and Chrispeels,2008:Hopkins, 2007:Stoll and Seashore Louis,2007).
-Idea PLC  adalah berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lampau yang diperolehi daripada menggalakan guru bekerja bersama-sama secara kolaboratif (Darling Hammond,1996, Guskey,1986,Louis dan Kruse,1995)
-Rosenholtz (1989), menjelaskan bahawa  sokongan profesional melalui hubungan guru, kolaboratif  yang profesional dan  memperluaskan peranan profesional dapat meningkatkan  efikasi guru dan memperkasakan keberkesanan guru.Kajian juga menunjukkan bahawa guru yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi lebih cenderung  dapat menyesuaikan diri dengan tingkahlaku bilik darjah yang baru dan lebih cenderung untuk tetap berada dalam profesion keguruan. Little (1982) mendapati bila guru mempunyai peluang ‘colloboratice inquiry’ atao inkuiri kerjasama,  dan pembelajaran itu berkait dengannya, mereka berkemampuan untuk membangun dan berkongsi bersama-sama terhadap perkara-perkara baik yang diperolehi  dari pengalaman mereka.
-Model PLC di Wales adalah pengukuhan kepada jaringan dan hubungan profesional sebagai  asasatau paksi kepada perubahan (Egan dan Hopkins,2009;Egan et al., 2009;Hopkins,2007). Melalui Pengukuhan ini, PLCs  boleh merangsang dan menyebarkan inovasi tantang amalan pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan pencapaian profesional secara kolaktif dan individu.
-PLC adalah kumpulan profesinal berkaitan dan terlibat yang bertanggungjawab untuk memacu perubahan dan penambahbaikan samada didalam, diantara dan merentasi sekolah yang akan memberi faedah secara langsung kepada pelajar.
-Hujah asas yang  ditanam PLC ialahAdakah boleh untuk sekolah meningkatkan pencapaian pelajar melalui perubahan amalan guru dan bilik darjah?. Idea PLC  disokong oleh  konsep ‘distributed leadeship’  (Harris, 2008). ‘Distributed leadership (DL)’ memberi perhatian utama terhadap saling kebergantungan (saling bergantung antara satu sama lain) ialah bentuk amalan kepimpinanya.
-Distributed Leadership mengiktiraf kepimpinan melibatkan ‘multiple individual and cross organizational boundaries’( kepelbagaian individu dan organisasi merentasi sempadan). DL merangkumi  kedua-dua bentuk amalan kepimpinan formal dan bukan formal.  Hasilnya, dalam PLC dan DL, penciriannya adalah dengan guru bekerja bersama-sama dalam  dalam bentuk perkongsian. DL menyediakan infrastruktur yang mengabungkan komuniti bersama-sama , guru-guru bekerja secara kolektif , dalam pelbagai peringkat yang mengetui kerja yang berinovatif  yang dibina dan dilestarikan dalam PLC.
-Jaminan penambahbaikan merentasi sejumlah besar sekolah dan bilikdarjah di Wales  tidak akan berlaku  kecuali guru-guru betul-betul menghayati  proses perubahan dan merasai rasa kepunyaan yang tinggi tentang hasil. Mempunyai pembaharuan yang betul tidak mencukupi, perlu ada asas perubahan amalan profesinal dan asas untuk pastikan sekolah dan guru memacu perubahan. Tetapi kerjasama guru tidak mencukupi. Terdapat banyak contoh diseluruh dunia jaringan kerjasama guru yang baik gagal berfungsi  untuk menghasilkan jangkaan yang baik, mudahnya kerana mereka dangkal  atau tidak mempunyai fokus sebenar  bagi meningkatan hasil pelajar.
-Penambahbaikan sekolah melalui PLC hanya boleh berlaku sekiranya kerjasama guru dan fokus kepada ‘real work’ atau ‘kerja sebenar’ terhadap peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran diberi keutamaan(Harris and Jones,2009). Penambahbaikan  melalui PLC bermakna memfokuskan kepada  peningkatan hasil pembelajaran atau pembelajaran yang baik. Ia bermakna memberi perhatian kepada persoalan yang sukar tentang amalan bilikdarjah dan menilai atau membuat pemerhatian secara aktiviti  terhadap perubahan amalan gur.u-guru.
-Bukti PLC berjaya antara lain ialah,kepuasan guru meningkat, moral guru tinggi,dan kadar gejala ketidakhadiran dikalangan guru yang rendah. Guru merupakan sebagai daripada PLC cenderung menjadi lebih berkesan di dalam bilik darjah dan pencapaian hasil pelajar yang baik(Huffman dan Jacobson,2003). Akhirnya ia dibuktikan melaui guru-guru yang mempunyai atau menunjukkan komitkent dan kerjasama yang jitu bagi menghasilkan perubahan yang ketara dan berkekalan dan bilikdarjah mereka dan lebih daripada itu, boleh menyumbang kepada perubahan yang sistemik.



-Pembelajaran dalam konteks PLC  melibatkan bekerja bersama-sama kearah kesefahaman bersama terhadap konsep dan amalan. Fokusnya tidak hanya kepada pembelajaran guru secara individu tetapi kepada pembelajaran professional dalam konteks kejelekitan dan kesepaduan kumpulan yang memfokuskan kepada pengetahuan yang kolektif dan berlaku dalam konteks pembelajaran dan kebersamaan nilai.

Cabaran-cabaran dan kemungkinan-kemungkinan.
Pertama: Cabaran dari segi struktur:
Srtuktur organisasi boleh dibuktikan boelh menjadi halangan dalam membina komuniti pembelajar sekolah. Kumpulan PLC merujuk kepada kebolehan yang kolektif untuk mempengaruhi amalan yang lain dan menjejaskan keseluruhan perubahan sekolah. Sesetengah kumpulan PLC berhadapan dengan cabaran untuk menghubungkan guru-guru disesebuah sekolah dengan sekolah yang lain  dan mendapati kerjasama melalui  pelaksanaan yang kolaboratif dan  kebersamaan seperti menghasilkan kertas kerja, tugasan berkaitan pengurusan bilik darjah dan penyediaan rancangan pengajaran seharusnya berlaku kerana ianya boleh mengurangkan masa banyak pihak.
-Kedua:Cabaran darisegi budaya
Setiap sekolah mempunyai budaya yang dominan samada budaya tersebut menyokong ataupun tidak darisegi inovasi atau perubahan. Disesetengah sekolah, kumpulan PLC menemui halangan daripada guru yang tidak biasa dengan cara bekerja atau guru-guru yang rasa sangsi dengan tugas atau kerja kumpulan ini.Di sini, kepimpinan seorang ketua atau pengetua sekolah cukup-cukup penting. Sekiranya kumpulan PLC ini mendapat sokongan daripada pengetua, kumpulan ini akan Berjaya mengatasi masalah yang berlaku atau akan Berjaya melakukan penambahbaikan, sebaliknya sekiranya pengetua tidak menyokong atau tidak memahami fungsi kumpulan PLC ini, kumpulan ini akan berdepan dengan masalah untuk melakukan penambahbaikan sesebuah sekolah.
Dalam hal ini, apa yang penting adalah amat perlu atau menjadi satu keperluan kepada seorang ketua atau pengetua membina struktur dan budaya dimana PLC akan berkembang maju dan menyumbang kepada penambahbaikan sekolah (Day et al.,2007). Tanpa sokongan ini dan dorongan daripada atas, yang baiknya PLC akan meningkatkan kemhiran professional dikalangan guru-guru  tetapi yang buruknya, aka nada sedikit kesan dan akan kehilangan momentum dengan cepat.
Ketiga: persekitaran luaran
Persekitaran luaran menunjukkan cabaran yang konsiten bagi sekolah berhadapan dengan tekanan luaran dari pemeriksaan, inisiatif –insiatif baru dan lain-lain strategi. Dalamkonteks Malaysia,tekanan luaran di bolelah dirujuk kepada factor  politik, dasar dan tuntutan komuniti. Tuntutan persaingan dan keutamaan merupakan cabaran utama bagi sekolah. Bagi sesetenganh sekolah, tekanan ini amat keterlaluan dan kerja dalam kumpulan PLC tersasar manakala ada sekolah yang  mempunyai kesejajaran yang jelas antara tugas  kumpulan PLC dan perancangan pembangunan, jadi tenaga dan usaha menjadi berganda dan kesannya,  keputusannya menjadi bukti yang jelas
Kata kunci tentang perkara ini ialah, PLC bukan hanya sebagai activity tambahan malah mereka perlu diposisikan dengan berhati-hati di dalam sekolah, jadi mereka boleh dihubungkan dengan lain-lain pembangunan secara integrasi dan berkoordinasi. Sekiranya PLC menyokong perubahan terhadap amalan guru-guru, mereka perlu menjadi sebahagian daripada proses integrasi dalam rutin pembangunan sekolah.
Dapatan daripada  kajian ini, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan pertimbangan bila membincangkan tentang inisiatif dan kelestarian PLC. Salah satu yang menjadi keutamaan untuk menyuburkan PLC ialah kesediaan  menerima maklumbalas dan bekerja kearah penambahbaikan. Ada keperluan memberi  tumpuan masa untuk berkongsi pencapaian dan mendepani maklumbalas atau kritikan daripada lain-lain guru dari sekolah yang lain. Proses ini membenarkan wujudnya perkongsian tentang isu-isu, cabaran-cabaran dan kejayaan-kejayaan yang ditemui oleh semua sekolah.
Ciri –ciri yang perlu bagi PLC yang efektif:
1.      Menghormati dan mempercayai dikalangan rakan-rakan di sekolah dan setiap peringkat hubungan.
2.      memiliki kognitif yang sesuai dan kemahiran asas yang membolehkan pedagogi berkesan dan membawa kepada pembelajaran yang berkesan.
3.      kepimpinan yang sokongan memainkan n peranan penting  dan perkongsian amalan kepimpinan
4.      Norma-norma bagi kritikan inkuari yang berterusan  dan penambahbaikan berterusan
5.      Perkongsian visi atau matlamat secara meluas
6.      Norma bagi keterlibatan dalam membuat keputusan
7.      Kejelekitan hubungan dikalang guru-guru
8.      Memfokus kepada kesan dan hail kepada pelajar.



No comments:

Post a Comment