Thursday, 18 April 2013

TUGASAN SPEKTRUM(Soalan 4)



4.BUDAYA CEMERLANG
by Dr. Zuraidah Binti Abdullah . - Saturday, 23 March 2013, 11:11 PM

Iklim dan budaya sekolah adalah penting untuk memacu kecemerlangan sekolah. Bagaimanakah anda sebgai pemimpin memastikan budaya sekolah cemerlang diamalkan oleh warga sekolah anda?

Budaya Sekolah Berkesan
 Kajian-kajian sekolah berkesan telah mengenal pasti beberapa ciri-ciri 
budaya sekolah berkesan. Sekolah-sekolah berkesan mempunyai elemen-elemen budaya seperti berikut:
i) Nilai-nilai yang kukuh yang mendorong persekitaran yang selamat,kondusif untuk belajar dan bebas daripada masalah disiplin atau vandalisma.
ii) Jangkaan yang tinggi, terhadap tiap-tiap pelajar dan guru, kepercayaan bahawa semua orang boleh berjaya.
iii) Kepercayaan bahawa kemahiran-kemahiran asas perlu diperolehi oleh semua pelajar
iv) Kepimpinan yang kukuh dan kepercayaan kepada kepentingannya.
v) Kepercayaan bahawa sekolah boleh memupuk perkembangan pelajar secara menyeluruh melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran, kurikulum ,organisasi pembelajaran dan amlan sekolah yang peka kepada keperluan pelajar pelbagai kebolehan, budaya, latar belakang sosioekonomi, dan tahap keistimewaan.
vi) Usaha yang gigih untuk menjadikan sekolah organisasi pembelajaran yang bukan sahaja pelajar terlibat dalam proses pembelajaran tetap guru, pentadbir, ibu bapa juga terlibat dalam pembelajaran berterusan. 

Norma Sekolah Berkesan
Sekolah berkesan mempumyai norma-norma yang tertentu yang dibina oleh warganya bersaskan nilaii dan kepercayaan warganya tentang apa yang dianggap penting, dan menjadi cara hidup sekolah. 
Stoll dan Fink(1996) membincangkan norma-norma yang berikut:
(i).Matlamat bersama -‘kita tahu arah kita’. Warga sekolah-sekolah yang berkesan mempercayai bahawa setiap anggotanya mesti memahami matlamat dan mempunyai visi yang sama terhadap apa-apa yang hendak dicapai oleh sekolah. Jika tidak wujud kesefahaman ini, maka guru akan mengejar matlamat yang masing-masing dan begitu juga pelajar.
(ii).Bertanggungjawab atas kejayaan ‘- kita mesti berjaya’Kepercayaan bahawa semua orang boleh menberi sumbangan dan berjaya adalah norma kedua sekolah berkesan. Pihak seklah yang berkesan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid dan gurunya, dan percaya bahawa sekolah boleh membantu meningkatkan pencapaian murid. Jika budaya sekolah diasaskan dengan kepercayaan bahawa factor-faktor luar seperti baka murid, dan latar belakang sodial murid mempengaruhi pencapaian mereka,maka sukarlah bagi mereka untuk berjaya. Yang penting ialah guru, murid, pentadbir dan ibubapa mempercayai bahawa sekolah boleh memainkan perananan yang meningkatkan kecemerlangan murid. 
  
(iii).Kesejawatan-kita akan bekerjasama’Kesejawatan ialah keadaan wujudnya perasaan kekitaan, bekerjasama dan tolung-menolong di kalangan warga sekolah. Pihak sekolah berkesan menggalakkan guru-gurunya melakukan kerja-kerja secara bersama melalui ‘team teaching’, kajian tindakan, merancang,memerhatikan pebgajaran antara satu sama lain, memberi tindak balas, dan sebagainya. Dengan cara ini, guru mempuntyai perasaan kekitaan dan meningkatkan kepercayaan pada diri sendiri atau rakan sekerja.
(iv). Perkembangan yang berterusan-kita akan sentiasa berusaha’Pihak sekolah berkesan percaya bahawa kecemerlangan itu bukanlah suatu keadaan yang muktamad. Setiap anggota perlu berusaha untuk menjadi lebih cemerlang.
(v). Belajar seumur hidup-’semua orang boleh belajarBagi sekolah berkesan, seseorang itu perlu sentiasa meningkatkan ilmu mereka. Guru-guu juga digalakkan supaya sentiasa meningkatkan ilmu dari semua segi aspek kerjanya. 
 (vi). Mengambil risiko’-kita belajar dengan mencuba sesuatu yang baru’Mencuba kaedah-kaedah baru adalah asas penting bagi sekolah yang berkesan.Pihak sekolah sanggup menghadapi risiki dengan sentiasa mencuba kaedah-kaedah baru bagi menyelesaikan masalah. Kegagalan dianggap sebagai penggerak terhadap usaha-uasa untuk mencuba kaedah-kaedah yang lain.
(vii). Sokongan ‘sentiasa ada orang yang akan membantu;Menghormati satu sama lain,’tiap-tiap orang boleh menyumbang,Keterbukaan’kita boleh bincangkan perbezaan pendapat’.Merayakan dan kejenakaan’kita berasa seronok dengan diri sendiri’.
Peranan Pengetua Di Sekolah Berkesan
(a).Nilai-nilai keperibadian
Kata Mao tze Tung,seorang pemimpin yang berkesan adalah”jinak seperti kucing dan garang seperti harimau.’ Dalam konteks ini, pengetua atau guru besar yang berkesan adalah mereka yang mempunyai keseimbangan emosi dan perasaan. Ada masanya pengetua memerlukan ciri-ciri watak dan perwatakan yang lembut dan mesra sosial dan ada kalanya dia memerlukan personality yang tegas dan garang. 

Merangka Matlamat-matlamat dan sekolah memperjelaskan matlamat-matlamat sekolah. Dirujuk kepada peranan Pengetua dalam menentukan penumpuan pencapaian matlamat-matlamat tahunan akademik yang dirangka melalui sumber-sumber yang ada di sekolahnya.Sekolah berkesan biasanya mempunyai matlamat dan misi yang jelas dan memberi tumpuan terhadap pencapaian akademik pelajar. Tenaga staf dan sumber-sumber yang lain di sekolah digemblengkan dan dijana bagi mencapai sasaran matlamat yang ditetapkan. 
Menyelia dan dan menilai pengajaran

Tugas utama Pengetua di sekolah berkesan bertanggunjawab  untuk memastikan matlamat-matlamat sekolah diterjemahkan kepada amalan pengajaran di bilik darjah oleh guru-guru. Ia dilakukan dengan memberi sokongan dan melalui penyeliaan secara tidak rasmi pengajaran guru-guru di bilik darjah.(Lipham,1981;Levine,1982) 
(b).Pemantauan Kemajuan Akademik Pelajar
Pengetua boleh memastikan kaedah yang berkesan dalam melaporkan kemajuan pelajar,menggunakan markah ujian untuk membuat keputusan tentang penyelesaian masalah pelajar di sekolah.Pengetua juga boleh menganalisis dan mentafsir data keputusan peperiksaan secara terperinci dengan guru-guru mata pelajaran dalam bentuk yang ringkas dan padat. 

(c).Mengawal dan melindungi waktu Pengajaran 
Pengetua perlu mengadakan dan menguatkuasakan polisi mengawal dan melindungi waktu pengajaran di sekolah dari sebarang gangguan .-
Selalu menjaga kesihatan di kawasan sekolah dengan memperuntukkan masa untuk membuat rondaan di bilik darjah.

 
(d).Intensif kepada guru
Pengetua seharusnya memberi intensif atau pujian serta penghargaan kepada guru yang berhak menerimanya.

(e).Menyediakan ganjaran untuk pelajar
Pengetua bertanggunjawab dalam kepimpinan pengajaran adalah untuk memajukan dan meningkatkan pembelajaran melalui pemberian ganjaran kepada pelajar dan memberangsangkan pelajar untuk lebih berusaha memajukan pencapaian akademik mereka.
Pengetua berupaya mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif di sekolah dan pencapaian akademik dihargai dan dipentingkan. 

Peranan Guru
Guru sentiasa menambahkan ilmu, mengikutui perkembangan senasa  dan menjadi medel yang terbaik kepada guru.sentiasa menyampaikan ilmu bersedia merancangkan unit-unit pengajaran, memotivasikan dan menilai murid dari semasa ke semasa. Guru harulah membimbing dan menyelesaikan masalah murid secra individu sebagai seorang kawan, ibu bapa.
Guru menjadi pentadibir dan mengurus kelas untuk kemudahan pengajaran supaya pelajar menjadi disiplin.Guru juga menjadi fasilitaor supaya dapat melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memotivasikan pelajar . Memberi peneguhan dan ganjaran dalam pengajaran dan pembelajaran.  Sebagai guru di sekolah berkesan perlu membuat penilaian yang berterusan ,baik yang berkaitan dengan akademik mahupun bukan akademik.

Peranan Pelajar
Pelajar sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan pihak sekolah kearah mencapai pencapaian akademik yang baik. Pelajar-pelajar di sekolah berkesan mempunyai tahap disiplin yang tinggi kerana kejayaan akademik memerlukan sikap-sikap positif seperti bertanggungjawab dan rajin berusaha. Pelajar di sekolah sentiasa menyokong cita-cita sekolah khasnya memajukan perkembangan budaya sekolah baik dari segi fizikal mahupun sosial.

Peranan Ibu Bapa Dan Masyarakat
 Ibu bapa  di sekolah berkesan juga memiliki nilai-nilai yang seperti berikut dalam menyumbangkan ke arah pendidikan yang cemerlang.
Ibu bapa bekerjasama dan selalu mengmbil bahagian dalam aktiviti-aktiviti di sekoalah. Ibu bapa selalu mengawasi perkembangan anak-anak dengan berhubung dengan guru dan pihak sekolah. Ibu bapa juga sentiasa menyarankan pelbagai idea kepada pihak sekolah sekiranya ada perjumpaan rasmi dan tidak rasmi. PIBG di sekolah berkesan bergiat aktif dan menyelesaikan masalah salah laku pelajar dan membantu mencari sumber kewangan bagi pihak sekolah. 

Persekitaran sekolah 
Kawasan sekolah yang cantik ,bersih dan menarik.Keceriaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam sekolah berkesan. Selain bilik darjah juga amat memberangsangkan belajar dan mewujudkan situasi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. 

Kesimpulan
Sekolah berkesan mempunyai ideologi yang jelas dan murni yang membandingkan organisasinya dari tekanan-tekanan luar yang kuat dan tidak dapat dipastikan. Sekolah Berkesan adalah tanggungjawab semua pihak. Pendekatam yang bersepadu dan bersinergi adalah kritikal untuk menghasilkan kecemerlangan yang diharapkan. Sekolah berkesan akan mewujudkan rentetan positif yang akan memberi manfaat kepada semua pihak. Justeru itu,  semua sekolah mestilah berusaha dan istiqamah untuk melahirkan sekolah-sekolah berkesan.

No comments:

Post a Comment