Saturday, 27 April 2013

REFLEKSI SETIAP TAJUK: Tajuk 1(Kuliah 1)

Kelas hari ini merupakan kelas pertama bagi subjek YXGA 6112:Keberkesanan dan Penambahbaikan Sekolah -Teori dan Penyelidikan oleh Dr.Zuraidah.
Berdasarkan tajuk subjek bgi kelas kali ini, saya amat teruja ingin meneroka ikandungan subjek atau perkara-perkara yang akan dibincangkan. Ini kerana ia merupakan 2 faktor penting yang sering dibincang dan amat diberi perhatian oleh pihak MARA amnya dan MRSM yang didokongi oleh Bahagian Pendidikan Menengah MARA dalam usaha merealisasikan MRSM sebagai sebuah institusi Pendidikan bertaraf Dunia.

Dr Zuraidah memulakan kelas hari ini dengan memperkenalkan Profesional Learning Comunity (PLC0), Pelan Pembangunan Pendidikan Nasional 'PPIN' dan faktor-faktor kejayaan sesebuah sekolah. Beliau telah memberi beberapa input berdasarkan kajian da pendapat beliau seperti 'kejayaan sesebuah sekolah adalah bergantung kepada guru-gurunya', 'di MRSM sebagai pemimpin anda ada lebih kurang 70 orang guru yang akan lihat apa yang kita fikirkan' , 'kejayaan kita tiada hanya', ilmu itu ibarat air setitik dilautan, jadi sebagai pemimpin kita kena buat kajian yang berterusan untuk dapatkan dapatan (finding).

Beliau telah menjelaskan struktur sebuah sekolah seperti berikut:

                                              
                                                  GURU
INPUT    -------------->     Learning Objective(LO)  -----Proses-----> HASIL/OUTPUT
                                                PELAJAR
                                                       l                                                                   l
                                                       l                                                                   l
                                          OBJEKTIF/MATLAMAT                                PELAJAR/SOALAN


Kelas juga membincangkan berkaitan Pembangunan Penambahbaikan Keberkesanan Sekolah(PPKS), lima dimensi PLC dan diminta untuk membuat kajian tentang 11 anjakan yang digariskan oleh KPM dalam PPIN

Selain daripada itu, pensyarah juga membincangkan keperluan kursus yang perlu dilalui dan dilaksanakan oleh pelajar seperti tugasan:
1.  membina blog/artikel/refleksi --membincangkan pengalaman sendiri berkaitan penambahbaikan sekolah.
2. spectrum/forum/artikel-mengupas 5 artikel terpilih
3. kritikan artikel(berpasangan) dan ,
4. Seminar / Dialog- Anjakan Kepimpinan Pendidikan Kearah Peningkastan Prestasi Sekolah Berkualiti
     Tinggi yang merujuk kepada aspek kepimpinan, pengajaran guru&pembelajaran murid serta polisi dan
      dasar pendidikan

                                                                               




No comments:

Post a Comment