"If you put a frog
in water and slowly heat it, the frog will eventually let itself be boiled to
death. We too, will not survive if we dont respond to the radical way in
which the world is changing" Charles Handy...
Pernyataan ini
menunjukkan jika kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang
berlaku yang sentiasa menekan diri sendiri, kita akan mati. Ini
menggambarkan keadaan di sekolah yang perlu menangani kehendak masyarakat.
Soalannya apakah
perubahan pada hari ini yang memerlukan warga sekolah berubah? Adakah sekolah
anda memastikan perkara ini berlaku sekiranya anda seorang pemimpin sekolah?
Dan Apakah yang anda
faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah?
Sekolah seharusnya perlu sentiasa dinamik bagi memastikan kekal relevan dengan desakkan perubahan semasa. Untuk memastikan sesebuah sekolah bleh kekal relevan amat bergantung kepada tahap keyakinan dan kepercayaan ibubapa untuk menghantar anak mereka kesekolah yang boleh menjamin masa depan anak mereka. Atas prinsip inilah sekolah saya sentiasa memastikan perkara ini berlaku. Begitu uga dengan sistem di MRSM.
Untuk memastikan sistem MRSM berjaya mendepani perubahan pesat perkembangan penddikan, telah diperkenalkan beberapa program baru yang difikirkan dapat memenuhi tuntutan semasa ibubapa seperti Program Ulul Albab, IGCSE dan Smart School. Sementara dari aspek kurikulum pua, telah diperkenlkan program soft skill seperti KAT 1 dan MIGTY.
Definasi Sekolah Berkesan
Secara literal, Kamus Dewan mentakrifkan terminologi sekolah tempat untuk belajar dan mengajar. Manakala perkataan kesan ditakrifkan sebagai tanda yang ditinggalkan oleh sesuatu.

Pengertian Sekolah Berkesan Mengikut Persepsi Yang Berbeza
Pengertian sekolah berkesan berbeza-beza kerana berbagai-bagai pihak mempunyai persepsi yang berbeza terhadap apa yang mereka kehendaki daripada sekolah. Oleh kerana itu Stoll dan Fink (1996) menegaskan bahawa untuk memberi definasi kepada keberkesanan, kita perlu memilih antara nilai yang berbeza-beza.
Kajian-kajian sekolah berkesan secara khusus mendefinasikan keberkesanan sekolah melalui pembolehubah yang dianggap penting dan digunakan untuk mengukur keberkesanan sekolah. Secara umum terdapat dua criteria yang digunakan oleh para pengkaji untuk mengukur keberkesanan iaitu, ‘outcome’ atau ‘output’ dan proses.

Levine dan Lezotte(1990) melihat sekolah berkesan dari segi hasil yang dikehendaki (outcome). Edmonds (1979) mendefinasikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari kesaksamaan (equity). Mengikut beliau keberkesanan sekolah diukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehinggakan kadar bilangan anak-anak kurang beruntung yang menguasai akademik yang sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya.
Rowan(1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti
sekolah berkesan :
i) Menentukan kriteria yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan.
ii) Analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkatkan dari semasa ke sekolah.
iii) Skor yang meningkat bagi sesuatu kohort,
iv) Pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya.

Menurut Sergiovanni(1987) juga mendefinasikan sekolah berkesan berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur keberkesanan seperti berikut:
i) Peningkatan skor ujian
ii) Penigkatan dalam kehadiran
iii) Pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah
iv) Pertambahan peruntukan masa untuk mata pelajaran Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan sejarah
v) Penglibatan komuniti dan ibu bapa
vi) Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
vii) Ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru
viii) Sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa
Pengertian sekolah berkesan menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia
(KPM)
dicerminkan melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah pada
peringkat negeri dan juga pada peringkat kebangsaan.
Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah berkesan mestilah
berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN, dan dalam Wawasan 2020. Kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:
Dalam konteks negara Malaysia, pengertian sekolah berkesan mestilah
berlandaskan aspirasi yang termaktub dalam FPN, dan dalam Wawasan 2020. Kriteria yang digunakan adalah seperti berikut:
i) Konsep kesaksamaam dipraktikkan sepenuhnya. Ini bermakna pelajar kurang beruntung diberi peluang meningkat dalam semua aspek perkembangan melalui program pengayaan bagi mereka.
ii) Negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum. Sekolah yang berkesan secara sengaja memupuk perpaduan melalui kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran, amalan-amalan yang menggalakkan rasa hormat menghormati dan kerjasama antara satu dengan yang lain.
iii) Jika terdapat kanak-kanak istimewa di sekolah, kebajikan dan perkembangan mereka yang seimbang dan interaksi sosial mereka dengan pelajar lain di sekolah perlu diberi perhatian.
iv) Sekolah memainkan peranan yang berkesan dalam melibatkan ibu bapa, bukan hanya melalui PIBG tetapi juga melalui usaha bersendirian dan berkelompok yang melibatkan guru,pelajar,ibu bapa, komuniti dan pengetua. Sekolah yang berkesan terbuka kepada cadangan dan bantuan rakan kongsinya.
v) Sekolah tidak lagi mengamalkan amalan yang membeza-beza dan melabel pelajar.
vi) Sekolah benar-benar mengamalkan konsep sekolah penyayang, iaitu guru mengambil berat tentang keperluan semua pelajar dan melibatkan mereka dalam hal-hal yang berkaitan kepentingan mereka sendiri.
vii) Sekolah menjalankan program pembaikan sekolah mengikut keperluannya dan wawasan warganya, mengikut acuannya sendiri.
viii) Sekolah yang guru-gurunya tidak berasa tertekan, malah seronok membantu menjayakannya.
ix) Sekolah yang menggalakkan muridnya menjadi kreatif, berfikiran kritikal, penyayang, mengikut ajaran agama dan mempunyai kesedaran sivik dan tinggi.
x) Sekolah yang menggalakkan budaya belajar bagi semua warganya, termasuk guru dan ibu bapa.
Ciri-Ciri Sekolah Berkesan
Kajian-kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah banyak
dilakukan di negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat. Dalam ‘Projek
Kajian Keberkesanan Sekolah Connecticut” Shoemaker,(1982),Gauthier(1982)
dan Villanova(1984) telah merumuskan beberapa ciri sekolah yang
berkesan iaitu:
i)
Persekitaran sekolah yang selamat
ii) Misi sekolah jelas dan kakitangan mempunyai tanggungjawab bersama.
iii) Hubungan sekolah dengan ibu bapa yang bersifat positif.
iv) Pelajar ada hasrat meningkatkan pencapaian akademik melalui kemudahan pengajaran yang ada.
v) Mementingkan penggunaan masa
vi) Guru-guru menaruh harapan yang tinggi supaya semua pelajar mempunyai kemahiran asas yang cukup.
vii) Guru mempunyai daya kepimpinan dalam pengajaran.

Manakala Purkey dan Smith(1983), membuat satu kajian secara literature, dan mendapati 13 ciri sekolah berkesan. Purkey dan Smith telah membahagikan 13 ini kepada dua struktur, antaranya strutur pertama terdapat sembilan cirri sekolah yang berkaitan dengan strutur organisasi , dan strutur kedua terdiri daripada empat cirri yang berkaitan dengan pembolehubah proses, yang berhubungkait pula dengan budaya dan iklim sesebuah sekolah.
No comments:
Post a Comment