Friday, 22 March 2013

5 Jenis Sekolah Berkesan menurut Stoll dan Fink



Stoll dan Fink (1996) dalam model mereka melihat budaya sekolah dalam dua dimensi, berkesan - tidak berkesan, dan  meningkat - merosot. Model ini boleh digambarkan seperti berikut.


              Meningkat                                              Merosot



Bergerak dan berkesan (moving)



Merangkak (struggling)
                        

Tenggelam (sinking)

Mengekal prestasi (cruising)

Berkembang dengan sederhana (strolling)
 



















 






  
                     Rajah 1.1 : Jenis Sekolah Mengikut Keberkesanan dan Peningkatan


Berdasarkan rajah di atas, sekolah berkesan dan meningkat ialah sekolah yang ‘moving’, yang berkesan  tetapi merosot ialah sekolah yang 'cruising', yang tidak berkesan tetapi meningkat  ialah sekolah yang 'struggling' dan yang tidak berkesan dan merosot ialah sekolah yang ‘sinking’.

Sekolah ‘moving’
Sekolah bergerak ialah sekolah berkesan kerana berjaya meningkatkan pencapaian murid mereka jauh melebihi jangkaan, dan warganya sentiasa bergerak untuk meningkatkan kejayaan sekolah. Biasanya sekolah seperti ini bergerak juga dari aspek lain yang menyumbang kepada perkembangan pelajar. Sekolah-sekolah yang mendapat anugerah Sekolah Harapan Negara ialah contoh sekolah berkesan dan bergerak.

Sekolah 'Cruising'
Sekolah jenis ini dilihat sebagai berkesan oleh semua pihak. Pelajar mereka memanglah sedia berkebolehan, dan  mencapai kejayaan walaupun kualiti pengajaran tidak berapa baik. Sekolah seperti ini hanya mengekalkan prestasi tetapi kurang berusaha meningkatkan dan menyediakan pelajar mereka menghadapi dunia yang sentiasa berubah. Sekolah-sekolah berasrama penuh, sekolah-sekolah elit yang tidak berusaha menyerlahkan potensi pelajar mereka sepenuhnya, mengamalkan budaya 'cruising' ini.

Sekolah 'Strolling’
Sekolah-sekolah ini hanya sederhana dari segi pencapaiannya, tidak terlalu berkesan, juga tidaklah ketinggalan. Sekolah seperti ini cuba bergerak ke arah keberkesanan tetapi tidak cukup menghadapi kadar perubahan yang pesat. Sekolah seperti ini memerlukan bantuan dan rangsangan luar seperti pengetua yang baru dan dinamik, bantuan PPD, JPN dan sebagainya. Sekolah seperti ini mempunyai warga yang bersikap ‘go with the flow’, ‘apa nak buat’, ‘entahlah’ di kebanyakan tempat.

Sekolah 'Struggling'
Sekolah-sekolah ini tidak berkesan, dan semua pihak menyedari hakikat ini dan berusaha sedaya upaya untuk membaiki keadaan. Mereka akan berjaya jika dibantu oleh semua pihak kerana mereka sedar akan kelemahan mereka dan  memang memerlukan bantuan.  Sekolah-sekolah yang terdapat di kawasan kurang beruntung seperti di luar bandar dan pinggir bandar yang berusaha meningkat adalah dalam kategori ini. Sekolah-sekolah ini mengamalkan budaya bekerjasama, mencari rakan kongsi (ibu bapa, komuniti dan sebagainya) untuk membantu mereka. Mereka memerlukan perubahan ‘transformatif’ untuk meningkat.

Sekolah 'Sinking'
Sekolah-sekolah seperti ini bukan sahaja tidak berkesan tetapi merosot kerana stafnya tidak kisah dan tidak tahu cara hendak meningkatkan prestasi mereka. Selalunya sekolah-sekolah ini berada di kawasan berstatus sosio ekonomi rendah, ibu bapa tidak kisah dan guru-guru sentiasa menyalahkan latar belakang pelajar yang tidak memberangsangkan sebagai penyebab kegagalan mereka. Sekolah-sekolah seperti ini memerlukan perubahan budaya yang drastik, dan kepemimpinan pengetua yang kreatif dan bijak. Bantuan dari berbagai-bagai pihak amat diperlukan  supaya sekolah ini tidak terus karam dan tenggelam.

No comments:

Post a Comment